Islam mengiktiraf wanita  melalui hak perwarisan dalam faraid. Faraid adalah sebuah sistem perwarisan harta pusaka tinggalan simati yang ekslusif untuk ahli keluarga atau ahli waris simati, sama ada melalui hubungan darah, hubungan perkahwinan, dan hamba yang dimerdekakan tuannya.

 

Perlu difahami bahawa harta faraid hanya boleh dilaksanakan pembahagiannya setelah selesai 3 perkara iaitu; (i) selesainya urusan pengebumian jenazah simati, (ii) selesai urusan pembayaran hutang piutang simati daripada harta pusaka tinggalannya, dan (iii) selesai pembahagian wasiat simati.

 

Wasiat pula dibenarkan untuk dibuat dengan syarat bahawa harta yang diwasiatkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka simati.

 

Berikut adalah senarai ahli waris wanita dan Bahagian-Bahagian yang diperuntukkan untuk ahli waris wanita:-

 

Waris wanita terdiri daripada:

  1. Anak perempuan
  2. Cucu perempuan daripada anak lelaki
  3. Ibu
  4. Nenek sebelah ibu (emak kepada ibu)
  5. Nenek sebelah bapa (emak kepada bapa)
  6. Saudara perempuan seibu sebapa
  7. Saudara perempuan sebapa
  8. Saudara perempuan sebapa
  9. Isteri
  10. Puan yang memerdekakan hamba

 

Bahagian-Bahagian yang Diperolehi Waris Wanita

 

Anak Perempuan

  1. Mendapat ½ bahagian apabila seorang diri tanpa adik beradik yang lain
  2. Mendapat 2/3 bahagian apabila lebih daripada seorang dan tiada adik-beradik lelaki

 

Isteri

  1. Mendapat ¼ daripada harta tinggalan suaminya sekiranya suaminya itu tidak meninggalkan anak lelaki, atau cucu lelaki daripada anak lelaki, atau anak perempuan, atau cucu perempuan daripada anak lelaki.
  2. Mendapat 1/8 daripada harta suami sekirannya suami meninggalkan anak lelaki, atau cucu lelaki daripada anak lelaki, atau anak perempuan, atau cucu perempuan daripada anak lelaki.

 

Ibu

  1. Mendapat 1/3 daripada harta tinggalan anaknya sekiranya anaknya tidak meninggalkan anak lelaki, atau cucu lelaki daripada anak lelaki, atau anak perempuan, atau cucu perempuan daripada anak lelaki atau saudara seibu sebapa atau saudara sebapa atau saudara seibu.
  2. Mendapat 1/6 daripada harta tinggalan anaknya sekiranya anaknya meninggalkan anak lelaki, atau cucu lelaki daripada anak lelaki, atau anak perempuan, atau cucu perempuan daripada anak lelaki atau saudara seibu sebapa atau saudara sebapa atau saudara seibu.

 

Kesimpulannya, Islam memuliakan wanita dengan membenarkan perwarisan harta pusaka melalui wasiat dan sistem faraid. Justeru, wanita seharusnya peka kepada hak mereka demi menjamin keharmonian masyarakat Muslim.

 

Cik Bunga