Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Kematian beliau disahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian. Dr Sim juga pakar kardiologi dan mempunyai pengalaman merawat pemimpin utama Bumi Kenyalang itu.

Ketua Menteri Sarawak itu dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan dan kesukaran bernafas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, merupakan menteri persekutuanan teraw mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem sejurus berita kematian Ketua Menteri Sarawak itu disahkan.

Pada tanggal 7 Mei 2016, Tan Sri Adenan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-5 apabila Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinannya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11. Barisan Nadional berjaya menguasai majoriti dua pertiga dengan memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

Tan Sri Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang melepaskan jawatannya pada 1 Mac 2014.

Tan Sri Adenan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 73 tahun serta meninggalkan seorang balu, Puan Sri Jamilah Anu dan 5 orang anak.

 

 

Anak Bapak

Anak Selangor, pemerhati sosial dan penyokong setia The Red Giants.