Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato’ Sri Jamal Md Yunos tampil menyerahkan surat tawaran rasmi untuk menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Pejabat FAS, Kelana Jaya hari ini.

Dalam kenyataannya kepada media sejurus selepas menyerahkan surat tersebut, Jamal yang tampil dengan imej muka bercat merah kuning, lengkap berpakaian jersi The Red Giants, beliau berikrar akan membawa pasukan bola sepak Selangor setanding dengan Kelab Johor Darul Takzim FC (JDT) yang diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia berkata, memberi jaminan tersebut dengan syarat sekiranya beliau terpilih menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menggantikan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan pereletakan jawatannya bersama bekas pengurus pasukan, Amiruddin Shari bulan lalu.

Menurutnya, tujuan utama surat tawaran itu diserahkan kepada FAS adalah untuk menawarkan diri menjadi presiden FAS seterusnya membantu pasukan bola sepak Selangor ke arah sebuah pasokan yang lebih maju setanding dengan kelab lain terutama dengan pasukan JDT. Beliau turut berjanji akan menyelesaikan isu tunggakan gaji pegawai dan pemain bola sepak Selangor selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.

Selain ditemani oleh para penyokongnya, individu yang turut hadir memberi sokongan kepada Dato’ Sri Jamal ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan.

Anak Bapak

Anak Selangor, pemerhati sosial dan penyokong setia The Red Giants.