Selayang, 18 Mac – Komposer terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan di laporkan meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 pagi tadi. Allahyarham dilaporkan  mengalami serangan angin ahmar, kencing manis dan masalah fungsi buah pinggang.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan di Masjid Al-falah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Sungai Ramal Dalam, Kajang pagi ini.

Adnan Abu Hassan dilahirkan pada 6 Januari 1959 di Kedah. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Muzik Profesional dari Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat sebelum menjadi pensyarah muzik di Institut Teknologi Mara.

Antara lagu-lagu ciptaan beliau yang terkanal seperti ‘Sinaran’ nyanyian Dato’ Sheila Majid, ‘Janji manismu’ oleh Aisyah, ‘Dipersimpangan dilema’ oleh Nora, ‘Bunga-bunga cinta’ oleh Misha Omar serta ‘Jerat Percintaan’ oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Beliau juga telah menghasilkan karya dinyanyikan oleh artis-artis terkenal yang lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Rahim Maarof, Hasnol, Ziana Zain, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Adnan juga telah dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Tuanku Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-86, yang membawa gelaran Dato’ dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak daripada perkahwinan pertama.

Anak Bapak

Anak Selangor, pemerhati sosial dan penyokong setia The Red Giants.