Alhamdulillah..
mengalir peluh jantannya membasahi dahinya..
Hampir sejam dia mnyaksikan isteri kecintaannya bersabung nyawa demi melahirkan zuriat pertama mereka
Dan akhirnya dgn izin Allah, bayi lelaki yang comel menangis saat melihat wajah dunia yg baru dihuninya

Ya Allah
Tiada lafaz yg mampu aku ungkapkan saat ini tatkala zuriatku ini diletakkan di atas pelukanku
Terasa terangkat segala beban masalah kehidupan ini tatkala ku renung seraut wajah comel mirip gabungan aku dan isteriku
Air mata kesyukuran perlahan mengalir panas di pipiku
Perlahan aku melaungkan azan dgn lafaz sesempurnanya agar kalimah ini benar2 terpateri dlm pelusuk jiwa anakandaku ini
Sambil tangan ini mnggeletar seiring dgn lafaz Allah Maha Besar yg kualunkan
Benar..sememangnya Engkau Maha Besar ya Allah..
Air mata menitik ke atas bibir munggil anakku..
Usai alunan azan dan doa buat anak ini aku mmbawanya mnuju ke satu jasad yg kelihatan sgt tdak bermaya..
Sungguh aku sgt mncintai sorot tubuh itu demi Allah!

Dalam kelemahan dia semampunya tersenyum dan cuba menegakkan tubuhnya..matanya berkaca dan aku yakin itulah air mata syukur dia kpdNya..
Aku mnyerahkan bayi lelaki kami ke dukungannya..
Perlahan aku elus kepalanya yg dilitupi hijab..dan kucium dahinya walau aku tahu xkan mampu aku mngurangi rasa sakit yg sdang dia tanggungi..
Mulutnya tak berhenti terkumat kamit mlafaz tasbih tahmid takbir dan doa smbil mngelus lembut anaknya yg berada dlm pelukannya..

Perlahan aku bisikkan pdnya
“Terima kasih isteriku..Demi Allah..Allah mnjadi saksi untuk anak ini diwaqafkan untuk perjuangan agama ini” aku mlafazkan dlm sebak dan betapa terasanya kebesaran Dia..Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Menunaikan segala doa hamba2Nya..
Isteriku tertunduk dan menangis dlm pelukanku sambil anak kami kemas dipeluknya..
Saat terasa kasih sygNya memayungi kami bertiga..Tiada yg lebih dharapkan bagi sepasang suami isteri harakiy melainkan punyai zuriat yg akan mnyambung perjuangan umi dan abinya..

“Abi..,” lembut fahim memanggil abinya.
Lamunan Azzam tersentak dan terus meraut wajah bersihnya..
“Astaghfirullah..” Azzam mnghela panjang nafasnya..
“Fahim insyaAllah ckup skadar disini shj bacaannya..esok pg kita sambung lagi tasmi’nya..perkemaskan lg makhraj dan  tartil bacaannya abdullah fahim..esok abi nk test lg,” tegas azzam mmberi arahan pd anaknya. Anak yg berusia 13 tahun itu hnya mnunduk taat pd ayahnya..Azzam lalu menutup perlahan al qurannya dan mnghulurkan tangan pd anaknya..perlahan tangannya dsambut lalu diciup dahi mulus anak sulungnya itu..matanya mnatap anaknya dgn segunung harapan yg sgt tggi..buat anak yg pernah dia berjanji untuk mewaqafkannya untuk perjuanga n agama ini..dan skrg dia sedayanya sdg mnyiapkan anaknya itu sehabis dayanya..

Tanpa disedari ad spasang mata yg meninjau d sebalik tirai bilik solat rumah mreka akan perlakuan kedua anak beranak itu..air mata ibu mngalir terharu..dia mnjadi saksi betapa suaminya berusaha sedayanya untuk mmpersiapkan mujahid mereka untuk diwaqafkan pd ummah kelak..hasilnya alhamdulillah anak sulung itu yg berumur 13 tahun sudahpun menghafaz 30 juz al quran dan setiap pagi usai bacaan al mathurat selepas solat subuh abinya akan mendengar bacaan anaknya untuk mnjaga hafazan anaknya sekaligus memperkemaskan fasohah,makhraj,tartil dan tajwid anaknya..
Sungguh dia tahu ia bukan kerja yg mudah buat mereka suami isteri..hgga kdg2 sering dia memerhati aktiviti hafazan suami dan anaknya dlm dua keadaan..sama ada si ayah akan menangis sambil membetuli bacaan anaknya atau si anak yg menangis kerana ditegur tegas ayahnya dlm proses mmperkemas bacaan hafazannya..kedua dua anak beranak itu menangis dlm usaha hafazan mereka..bukan suatu pkara yg mudah tapi inilah amanah..

Kita mengaku perjuangan ini rujukan utamanya berlandaskan al quran..namun hakikatnya berapa ramai yg mngaku pejuangNya yang sekurang kurangnya fasih dan benar tajwid dalam bacaan qurannya..
Berapa ramai yg benar2 memberati bacaan al qurannya..berusaha dan berusaha memperbaiki bacaannya..itu belum dikira tugas kita untuk menghayati isi kandungnya..

Tanyakan pd diri
Layakkah aku mngaku aku ini pejuang agamaNya
Dan muhasabah lalu bergeraklah untuk berusaha mmperbaiki bacaan al quran kita
Sungguh tiada istilah terlambat kerna yg dilihatNya adalah usaha bukan hasilnya.